20090304

Program Motivasi Keluarga Bahagia Dapat Sambutan


Keluarga merupakan satu institusi yang penting dalam sesebuah masyarakat. Dalam melahirkan masyarakat yang baik, institusi keluarga perlu diperkasakan untuk memastikan semua pihak dapat berperanan sebaik mungkin ke arah cita-cita murni tersebut. Sehubungan itu, pihak Pusat Khidmat DUN Paroi telah mengadakan program Motivasi Keluarga Bahagia yang diadakan di salah sebuah taman perumahan dalam DUN Paroi. Ceramah-ceramah motivasi dan pertandingan mewarna telah diadakan sebagai mengisi aktiviti dalam program tersebut. Terima kasih atas sambutan yang baik dari penduduk setempat. Semoga akan ada kebaikannya untuk semua pihak dan antara perkara yang disebut oleh penceramah adalah " Hendaklah ada cita-cita dalam keluarga muslim supaya lahirnya seorang Hafiz atau Hafizah yang menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam keluarga mereka". Mari kita berazam perkara yang sama dalam keluarga kita.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9....00 am ...







tiba-tiba... .....











Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan. . vacuum cleanernya.. ..

PakDinSenawang berkata...

Pantun Nasihat

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Mak Minah membeli halia
Pak Din pesan beli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa

SayYes2PAS berkata...

Mohon kebenaran tuan atas kemelut tanahair yang melanda. Sampai bilakah kita umat Islam berpecah-belah? Saya terkeliru melihat perkara ini dan memohon pada Tuhan agar ditinjukkan siapa yg benar sebenarnya. Saya takut diakhir zaman ini akan munculnya kejahatan dipandang sbg perkara baik dan penggunaan agama demi kepentingan diri sendiri.

Saya tahu juga berkenaan PRK K.Trg P36 dan alhamdulillah akhirnya WAHE menang walau ada antara kita yg mendoakan agar beliau kalah ke tangan BN. Pening tuan.Sungguh saya terkeliru!

Bukankah DSAI pernah berkata bahawa kerajaan BN akan ditumbangkan pd Sept 16 yg lalu. Saya dpt tulisan ini dlm Blog CheGuBard-PKR. Mohon tuan maklum balas secara profesional. TQ
---------------------------------
Rasuah Politik Pasca PRU-12?

Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti.

PakDinSenawang berkata...

Al-An'am ayat 123

Dan begitulah Kami jadikan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang besar, supaya mereka lakukan tipu daya dalam negeri tersebut.. Tiadalah yang mereka tipu melainkan diri mereka sendiri, sedang mereka tiada sedar..


Huraian Ringkas:

Allah memberi contoh, iaitu, sebagaimana di Makkah ada dijadikan-Nya para pembesar dan pemimpin di setiap negeri, kota dan desa.. Akan tetapi sayang, di antara mereka ada yang menjadi penjahat, kerana membuat tipu daya yang berbentuk peraturan-peraturan serta undang-undang yang penuh muslihat serta putar belit.. Dan membuat tindakan-tindakan zalim dengan memeras ugut, menekan, menindas, serta menyusahkan orang ramai untuk mencari keuntungan dan kepentingan diri sendiri..
Allah menyifatkan mereka sebagai penjahat besar disebabkan pangkat dan kebesaran mereka telah diseleweng untuk mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka, dengan sewenang-wenangnya.. Kerana segala kuasa ada di tangan mereka - semakin besar kekuasaan mereka di negeri itu, semakin besar pulalah kedujanaan yang dapat mereka lakukan..

Dan janganlah orang yang membuat tipu daya, putar belit, janji palsu dan segala perkara yang mendatangkan bencana itu menyangka bahawa perbuatannya itu mendatangkan keuntungan kepadanya - tidak..sesekali tidak..! Malahan yang demikian itu, adalah menipu diri sendiri dan bencananya akan menimpa diri sendiri jua.. Siapa gali lubang, dia jualah yang bakal terjerumus ke dalamnya.. Tetapi mereka sengaja tidak mahu sedar tentang hakikat ini..