

Assalammualaikum WBT,
Terlebih mohon maaf pada semua pengunjung blog saya atas kegagalan mengemaskinikan Blog DUN Paroi untuk tempoh yang agak panjang jugak.Kali ini digagahkan juga untuk menulis dalam blog lebih-lebih lagi Sidang DUN N.Sembilan baru sahaja bersidang untuk kali ke-4 bagi Penggal Pertama ini. Pada persidangan ketiga yang diadakan pada 27hb dan 28hb Ogos yang lalu, pihak ADUN PR seramai 15 orang telah bertindak keluar Dewan Persidangan kerana sebagai tanda protes terhadap YB Dato' Yang Dipertua DUN (Speaker) kerana tidak menerima cadangan kami. Kami telah mencadangkan kepada YB Dato' Yang Dipertua supaya menggunakan budi bicara beliau untuk membenarkan soalan dari ADUN BN dan soalan dari ADUN PR diselang-selikan semasa agenda Soalan Lisan dan soalan Bertulis. Ini telah diamalkan di Sidang Parlimen dan semua DUN Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tetapi cadangan ini ditolak mentah-mentah. Akhirnya , kami telah bertemu dengan YB Dato' Yang Dipertua selepas seminggu dari tarikh persidangan. Malangnya ia masih tidak diterima.
Sebulan sebelum persidangan DUN kali ke 4 pada bulan November, saya selaku AJK telah memohon supaya diadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap bagi membincangkan semua perkara berkaitan cadangan-cadangan dari Pakatan Rakyat berhubung perjalanan Persidangan. Malangnya tiada respon bertulis dari YB Dato' Speaker.
Akhirnya satu pertemuan khas untuk semua AJK Jawantankuasa Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap telah dapat diadakan 2 hari sebelum bersidang.Ada jugak ADUN BN yang bersetuju supaya cadangan tersebut dipertimbangkan. Pihak YB Dato' Yang Dipertua juga bersetuju bahawa sebarang perubahan adalah dibawah budi bicara beliau.
Kami menanti sehingga persidangan kali ke 4 yang diadakan pada 26hb Nov samada ada sebarang perubahan atau tidak. Bila sampai sesi soaljawab lisan yang bermula sekitar jam 10:20 pagi , kami tidak nampak sebarang kemungkinan ianya akan berubah bilamana setelah 2 soalan dikemukakan , Ketua Pembangkang DUN N.Sembilan , YB Loke (ADUN Lobak) bangun bertanya kepada YB Dato' Yang Dipertua samada ada perubahan akan berlaku atau tidak. Tetapi jawapan YB Dato' tidak menyakinkan dan akhirnya kami keluar dewan buat kali ke 2.
Kami menanti sehingga persidangan kali ke 4 yang diadakan pada 26hb Nov samada ada sebarang perubahan atau tidak. Bila sampai sesi soaljawab lisan yang bermula sekitar jam 10:20 pagi , kami tidak nampak sebarang kemungkinan ianya akan berubah bilamana setelah 2 soalan dikemukakan , Ketua Pembangkang DUN N.Sembilan , YB Loke (ADUN Lobak) bangun bertanya kepada YB Dato' Yang Dipertua samada ada perubahan akan berlaku atau tidak. Tetapi jawapan YB Dato' tidak menyakinkan dan akhirnya kami keluar dewan buat kali ke 2.
AlhamduliLlah, hasilnya pada hari ke 2 Persidangan ke 4 iaitu pada 27hb Nov , YB ADUN Lobak telah diberi peluang untuk bertanya buat kali pertama dalam sesi soalan lisan bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sembilan yang ke 12 ini. Ada juga hikmahnya kita "Keluar Dewan" , AlhamduliLlah. Hak rakyat yang kami wakili kembali berdaulat. Apa guna berada dalam sesi Soaljawab Lisan jika soalan-soalan dari kami tidak pernah dapat diutarakan. Semua soalan lisan yang tidak dikemukan dalam persidangan akan diubah kepada soalan bertulis dan dijawap secara bertulis.Banyak lagi cerita menarik tentang Persidangan Dewan selepas ini. Semoga saudara-saudari tak jemu mengunjungi blog saya.



