
Pada 9hb Sept 2008 ini, Pejabat Daerah Seremban akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar N.Sembilan di Masjid Qariah Paroi. Apabila penganjurnya adalah Pejabat Daerah Seremban , sudah pasti perbelanjaan adalah dari Kerajaan N.Sembilan dan memang wajarlah kerana tetamu utamanya adalah MB N.Sembilan. Yang diundang sudah pasti semua rakyat di sekitar DUN Paroi tanpa mengira latar-belakang dan fahaman politik. Yang menjadi tandatanya saya malah ramai rakyat yang menelefon bertanya hal yang sama adalah kewajaran pihak penganjur menaikkan bendera UMNO di sekitar pagar masjid. Beberapa persoalan untuk direnungkan :-
a) YAB Dato' Seri Utama Mohamad bin Hasan ini adalah MB N.Sembilan atau MB parti UMNO?
b) Peruntukan untuk program ini adakah dari Badan Perhubungan UMNO N.Sembilan?
c) Siapakah yang bermain politik di dalam masjid? UMNO atau Pakatan Rakyat?
Seperti kata Nabil Raja Lawak : "Lu fikirlah sendiri " atau dalam loghat NS "Ekau fikirlah sondiri"