20080829
Speaker Dewan Rakyat Sekarang..antara yang Terbaik
20080826
DPPNS juga bantah program tak hormati Ramadhan & Kemerdekaan Negara
Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras – kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril Lavigne walaupun sebelumnya Kementerian Kesenian dan Warisan serta PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, malang ia diluluskan kembali apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri.Konsert ini adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada bulan september ini.
Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Tarikh 29 Ogos 2008 sekurang – kurang berhadapan dengan suasana penting bagi negara ini khasnya ummat Islam .Pertama ummat Islam bakal menghadapi bulan ibadah yang penuh kemuliaan dan keberkatan . Sepatutnya ia tidak dicemari oleh konsert seperti ini yang membawa masuk seorang artis simbol seks Avril Lavigne . Pastinya konsert ini akan membawa ummat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka .
Kedua , berhadapan pula dengan ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 ogos . Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak – anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme . Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik , bermoral dan berdaya saing , sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu.
20080825
Pakcik Mohd Nor...Perlukan Bantuan

Permatang Pauh....Cerita Sebenar



20080820
Wajarkah Soalan-soalan Ini Ditolak?
SOALAN NO 1
Taman Ular Ulu Bendul , Kuala Pilah telah dibuka kepada orang ramai sejak Disember 2007. Tetapi sejak akhir-akhir ini , ramai pengunjung ke Taman Ular ini yang menyatakan rungutan tentang keadaan terkini taman tersebut.
(a) Sila nyatakan secara terperinci bilangan ekor ular mengikut spesies yang telah mati dan hilang bermula dari proses penghantaran dan sejak ia mula dipelihara oleh Taman Ular tersebut. Sila nyatakan juga jumlah kos kerugian (RM) yang terpaksa ditanggung akibat kematian dan kehilangan ular tersebut. Sila nyatakan apakah punca-punca yang menyebabkan kehilangan dan kematian semua ular tersebut.
(b) Sila nyatakan secara terperinci kos bulanan bagi penyelenggaraan taman ini dan dari manakah sumber kewangan yang digunakan bagi menampung kos penyelenggaraannya.
(c) Sila nyatakan terperinci apakah perancangan Kerajaan N.Sembilan bagi mengatasi masalah kematian dan kehilangan ular tersebut dan juga perancangan bagi mendapatkan kewangan bagi menampung kos penyelenggaraan taman tersebut? Kenapakah Taman Ular ini diserahkan kepada Jabatan Hutan bukannya kepada Jabatan Haiwan atau pihak Zoo?
PEMBALAKAN DI NEGERI SEMBILAN
Kawasan hutan menjadi tempat yang terbaik sebagai kawasan tadahan air. Pembalakan secara tak terkawal di kawasan hutan ini boleh menjejaskan kawasan tadahan air ini.
(a) Sila nyatakan secara terperinci keluasan dan lokasi kawasan hutan di Negeri Sembilan:-
1. Kawasan Hutan Simpanan Yang Ada
2. Kawasan Hutan Yang Telah Ditebang Secara Sah
3. Kawasan Hutan Yang Telah Ditebang Secara Haram (Tanpa Kebenaran)
(b) Sila nyatakan secara terperinci konsesi balak yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan (bilangan, keluasan dan kedudukan kawasan balak) pada tahun 2004, 2005, 2006, 2007 & 2008 dan juga nyatakan secara terperinci nama syarikat dan nama pemiliknya yang menerima konsesi tersebut.
(c) Sila nyatakan jumlah bayaran premium , cukai dan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan Negeri Sembilan hasil dari semua pemberian konsesi balak pada tahun 2004, 2005, 2006, 2007 & 2008.
(d) Apakah kajian yang dibuat terhadap kesan pembalakan terhadap masalah banjir di kawasan-kawasan berhampiran kawasan pembalakan dan juga kesan yang timbul daripada pembalakan terhadap kawasan tadahan air di Negeri Sembilan.
ISU EKONOMI – PENGANGGURAN, ISU KILANG DAN PELABURAN
(a) Sila nyatakan kadar pengangguran di Negeri Sembilan untuk 2007 dan 2008 (sehingga Julai 2008). Juga, jumlah pekerja pelagai sektor yang dibuang kerja sepanjang 2007 dan 2008 ( sehingga Julai 2008) samada melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) atau Skim Pemberhentian Wajib (CSS) Berikan maklumat khusus untuk DUN Paroi tentang persoalan ini.
20080819
Soalan ADUN Pakatan Rakyat Ditolak...Kerajaan NS Tergugat?
Dewan Undangan N.Sembilan yang sepatutnya bersidang pada 25hb dan 26hb Ogos 2008 telah ditangguhkan ke tarikh baru iaitu pada 27hb dan 28hb Ogos 2008. Apa alasannya? Mungkinkah sebab Pilihanraya Kecil Permatang Pauh? Hebat jugak "penangan" Permatang Pauh? Perubahan tarikh bagi saya tidak jadi hal, yang menjadi persoalannya adalah "Mengapakah begitu banyak soalan-soalan samada lisan atau bertulis yang dikemukakan oleh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat ditolak oleh YB Dato' Yang Dipertua DUN?" Penolakan begitu banyak soalan oleh YB Dato' Yang Dipertua tanpa dikemukakan sebarang alasan adalah amat dikesali. Hari jam 2:30 petang, ADUN-ADUN Pakatan Rakyat diketuai oleh YB Loke dan turut disertai oleh 7 orang wakil rakyat yang lain telah menghantar memorandum kepada YB Dato' Yang Dipertua DUN , YB Dato' Abd Razak Mansor menuntut dan mencadangkan beberapa perkara. Antaranya :
(a) Format susunan soalan-soalan lisan yang akan dijawab semasa sidang DUN oleh YAB MB dan Exco hendaklah diselang-selikan antara soalan dari ADUN BN dan ADUN PR sepertimana di Parlimen. Buat masa ini, hanya soalan dari semua ADUN BN diberi susunan paling awal untuk dijawab dalam masa 1jam 30 minit. Sepertimana sidang lepas, hanya soalan-soalan BN dapat dijawab.
(b) Masa untuk berbahas dipanjangkan dari 15 minit kepada 30 minit.
(c) Memohon penjelasan kenapa soalan kami ditolak?
(d) Sususan kerusi dalam DUN supaya lebih teratur dan mengikut keutamaan parti-parti Pakatan Rakyat.
Selepas ini, kami akan kemukakan semua soalan kami yang ditolak untuk tatapan dan pertimbangan rakyat. Hidup Suara Rakyat!!
20080809
Vandalism atau Rosak....Kek mano nie....
20080804
Semoga Keluarga Ini Bertambah Selesa
