20080429

Sambungan cerita dalam Sidang DUN hari Pertama....

Assalammualaikum WBT,

Nampaknya YB Dato' Yang Dipertua pun tak boleh buat keputusan sendiri tapi dipengaruhi oleh seseorang. Sepatutnya yang berhak menentukan siapa yang boleh kemukakan soalan tambahan adalah kuasa YB Dato' Yang Dipertua. Tapi peluang dah diberi..apalagi. Soalan yang saya kemukakan adalah berkaitan dengan kenyataan YAB Adun Rantau berkaitan dengan kemiskinan tegar di N.Sembilan. Rupa-rupanya adalagi orang miskin di N.S., ingatkan orang miskin ada di Kelantan je. Soalan tambahan saya, lebih kurang begini " YB Dato' Yang Dipertua , saya merujuk kepada kenyataan YAB Adun Rantau mengenai pendapatan isi rumah kurang dari RM350 sebagai asas untuk dikategorikan sebagai kemiskinan tegar, bagi saya ianya sudah tidak sesuai dan relevan lagi. Dalam keadaan kenaikan harga barang sekarang , bayangkan satu keluarga yang berpendapatan RM350 , kalau mereka tinggal di Perumahan Rakyat Miskin di Paroi atau Senawang pun mereka terpaksa bayar sewa bulanan hampir RM120 sebulan, yang tinggal hanya RM230. Dengan baki yang sedikit bagaimana mereka mampu meneruskan kehidupan dengan sempurna...persekolahan anak, makan minum dan sebagainya. Soalan saya adakah kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan paras pendapatan isi rumah bagi kemiskinan tegar dari RM350 ke bawah ke satu paras yang lebih sesuai dengan keadaan masa kini.?"

Bermula dari peluang yang saya perolehi ini maka barulah suasana dewan semakin hangat , apabila YB Pakatan Rakyat semuanya bersemangat untuk kemukakan soalan tambahan dan ambil kesempatan untuk bertanya tentang soalan yang lebih menyangkut kepentingan rakyat. Bayangkan sdra ...apabila soalan lisan yang asal adalah berkaitan dengan Demam Denggi...soalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN BN adalah berkaitan dengan peranan program COMBI berhubung masalah demam denggi. Memanglah soalan tersebut adalah berkaitan tetapi ianya sekadar persoalan ingin tahu. Sepatutnya tanyalah " Kenapakah perlaksanaan program COMBI yang menelan peruntukan yang besar , tetapi ianya masih GAGAL menangani masalah demam denggi di kawasan yang ada program COMBI tersebut? Adakah dilakukan kajian bagi mengkaji keberkesanan program COMBI dalam menangani masalah demam denggi?"

Selepas itu, bangun pula YB Adun Sikamat , YB Amin bertanya kenapakah pendekatan yang diambil oleh kerajaan NS sepertimana jawapan YAB Adun Rantau dalam menangani masalah kemiskinan adalah hanya berkisar mengenai usaha memberi "ikan" sahaja tetapi tidak memberi "pancing" kepada golongan miskin ini? Berita ini ada tersiar dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Dewan semakin "berapi" dan "berasap" semasa sesi Perbahasan Usul Terima Kasih ke atas Titah Ucapan DYMM Tuanku ketika Perasmian Persidangan Ke 2 Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri yang ke-12.

nantikan sambungannya..

Sekitar Sidang DUN N.Sembilan

Pertama kali memasuki Sidang Perbahasan DUN N.Sembilan memanglah satu pengalaman yang menarik. Di kalangan 15 ADUN Pakatan Rakyat hanya YB Loke , ADUN Lobak yang ada pengalaman sebagai ADUN dan berbahas dalam sidang DUN. Tapi semalam 28hb April 2008, beliau ada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen Rasah di Dewan Rakyat. Maka, tinggallah kami 14 orang ADUN yang semua merupakan muka baru dan pertama kali menjejak kaki ke Sidang DUN NS.

30 minit yang pertama kami menyaksikan bagaimana aksi ADUN-ADUN BN membaca skrip yang telah disediakan termasuk soalan lisan yang telah diberi 2 minggu lebih awal secara bertulis kepada SU Dewan . Sebanyak 3 soalan-soalan tambahan yang sepatutnya dikemukakan secara terus dalam Sidang DUN, rupa-rupanya juga sudah ada skripnya. Maka jadilah sidang DUN pagi itu seperti Drama dalam televisyen.

Dalam hati berkata-kata, jika beginilah keadaannya selama 50 tahun, patutlah banyak masalah rakyat yang tak selesai di N.Sembilan. YB Adun Sikamat bangun sebanyak 2 kali untuk bertanya soalan tambahan , tapi tidak dibenarkan oleh Speaker atas alasan hanya ADUN asal yang mengajukan soalan lisan itu diberi keutamaan untuk bertanya soalan tambahan. Padahal , dalam buku Peraturan Dewan tidak demikian.

Seterusnya , YAB MB NS menjawap beberapa soalan lisan yang dikemukakan oleh ADUN BN. Tahniah kepada YAB ADUN Rantau kerana satu-satunya wakil rakyat BN yang menjawap soalan tanpa membaca teks yang telah disediakan. Saya cadangkan ADUN dan EXCO kerajaan ikutlah pimpinan mereka yang boleh berbahas tanpa baca teks. Tahniah sekali lagi.

Selesai YAB MB berucap, saya selaku ADUN Paroi serentak bangun bersama seorang lagi ADUN BN untuk kemukakan soalan tambahan berkaitan jawapan yang dikemukakan oleh YAB Adun Rantau. Sekali lagi, Speaker DUN , YB Dato' Razak Mansor memberi peluang kepada ADUN BN sahaja. Ramai ADUN Pakatan Rakyat termasuk pemerhati yang terdiri dari Ketua-ketua Jabatan Kerajaan di NS rasa seolah-olah ada yang tak kena dalam perjalanan Sidang DUN kali ini.

Melihat keadaan ini, YAB Adun Rantau pun bangkit memberi laluan kepada saya untuk kemukakan soalan tambahan berkaitan dengan soal kemiskinan.....tunggu sambungannya..

sekarang nak Sidang DUN hari ke 2

20080428

Sidang Dewan Undangan N.Sembilan

Perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan yang dibarisi 15 orang ADUN Pakatan Rakyat berjaya memainkan peranan sebagai “check and balance” . Pertama kali dalam sejarah sidang Dewan Undangan Negeri , Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan YB BN diasak dengan soalan-soalan dan perbahasan hangat. Semuanya dilakukan kerana Allah demi memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.

Gambar ihsan Blog ADUN Sikamat

20080426

Bantuan derma untuk adik Khairul

Bantuan untuk pembedahan tumor di kepala adik Khairul Ikhwan bin Kamarulzaman boleh disalurkan terus ke akaun ayahnya Kamarulzaman bin Mohamad , Bank Islam , No Akaun 05012020484086

20080425

Doakan Kebaikan dan Keselamatan Untuk Keluarga Ini

Semalam Cik Normah, adik kepada Noormaliza binti Ghazali yang berada di Lombok, Indonesia datang ke pejabat DUN Paroi untuk berbincang bagaimana untuk membantu mereka. Kemudian ke Balai Polis Senawang buat laporan polis sebab tidak pernah buat sejak hilang Mei 2007. Rujuk berita dalam akhbar hari ini KOSMO

20080424

Khamis 24 April 2008

Pagi tadi menziarahi seorang ibu dan anak berumur 6 tahun yang kemalangan dilanggar van di Taman Ampangan.


Tengahari melawat Taman Seri Pagi di Jalan Seri Pagi 9 yang sering dinaiki air bila hujan lebat, banyak rumah yang terlibat. Siasatan awal menunjukkan banyak longkang cetek sebab banyak pasir dan sampah sarap.


Jam 2 petang hantar surat cadangan kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri , Negeri Sembilan supaya dibuat tayangan langsung menggunakan skrin di perkarangan DUN agar lebih ramai rakyat dapat melihat peranan wakil-wakil rakyat mereka, alasan dewan kecil , wakil pemerhati PAS hanya seorang dibenarkan.

Majlis Minum Petang








Peta ke Pejabat Khidmat DUN Paroi . Sila KLIK Pada Peta




20080423

Projek Perumahan Senawang

Semalam saya telah melawat kawasan perumahan PPR Bersepadu Senawang berhampiran Taman Senawang Indah , banyak rumah kosong dan telah dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. Satu laporan akan dibuat pada pihak berwajib dalam masa terdekat. Juga ada laporan birokrasi susah hendak memohon rumah tersebut. Ditakuti juga menjadi sarang jenayah atau penagih dadah.

20080421

Dari Pejabat DUN Paroi

Berita 1
Pejabat DUN Paroi telah berjaya menyelesaikan masalah seorang pelajar lelaki yang tidak bersekolah selama 2 tahun dan kini telah bersekolah semula dalam tingkatan 3. Bantuan kewangan diperlukan untuk membeli keperluan sekolah termasuk pakaian, buku tulis, alatulis dan yuran sekolah. Anggaran kos yang diperlukan berjumlah RM350.

Berita 2
Seorang aktivis veteran PAS berusia 73 tahun , Hj Baharudin dari Taman Tasik Jaya menjadi pembeli pertama tiket RM10 untuk Jamuan Minum Petang bersama Ybhg Tuan Hj Mohd Sabu pada 28hb April Isnin jam 5:30 petang. TAHNIAH!! Bagaimana dengan anda?

20080420

Ziarah

Jam 10 pagi hari ini menziarahi satu keluarga yang mempunyai seorang anak kurang upaya dan menziarahi sebuah keluarga 6 adik beradik yang ditinggal ibu bapa akibat kesempitan.

20080418

Terima kasih

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat di Paroi dan lain-lain khususnya Sdr Hassan, Sdr Sufian, PAS Kawasan Rembau, Pemuda dan Muslimat kerana berjaya memikul amanah di DUN Paroi sepanjang saya di Indonesia.

Semoga dapat ganjaran dari Allah.
“Paroi Milik Semua”

20080417

Teruskan Berdoa

Alhamdulillah , telah sampai ke Jakarta dari Lombok jam 8 pagi bersama adik Azreen. Disambut pihak kedutaan, akan urus pasport Azreen. Dijangka balik Malaysia malam ini InsyaALLAH. Teruskan doa kalian.

Saya mewakili seluruh warga Paroi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Zainal Abidin Mohd Zain dan kedutaan Malaysia di Jakarta atas kerjasama dan layanan mesra kepada rombongan Misi Jejak Kasih Adik Norazreen.

20080416

Alhamdulillah

Alhamdulillah , telah berjaya mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Indonesia untuk membawa Azreen pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

Berita dari Lombok , Indonesia

Rombongan Malaysia telah berjaya mencantumkan kasih antara seorang ayah Che Ishak dan anaknya Che Siti Nor Azreen bila kita dapat bertemu di Pusat Perlindungan Anak Nusa Tenggara Barat di Bandar Mataram pada jam 9:45 pagi 15 April Lombok. Pertemuan air mata ini mudah-mudahan dapat membawa kepada penyatuan keluarga ini di Ladang Ulu Sawah, Rantau.

Pada jam 7 malam setelah letih balik dari Pusat Sosial Lombok, menziarahi keluarga Edi Asnawi yang dipenjara di Malaysia, kami balik ke Hotel Jayakarta, Mataram. Sampai di lobi dengan pertolongan Allah , terdapat 15 orang ahli YB dari Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia sedang bermesyuarat di hotel yang sama. Mereka telah menyatakan kesudian untuk membantu. Setelah kami disukarkan dari segi birokrasi di Pusat Sosial dan polis, Alhamdulillah.

Tunggu perkembangan selanjutnya.

Doa dari anda semua amat diharapkan untuk permudahkan kerja kami, insyaAllah.
Gambar dari akhbar KOSMO

20080412

Kebersihan Tangggungjawab Semua

Sekarang musim hujan, banyak kawasan dan jalanraya air bertakung disebabkan saluran longkang tersumbat, air tidak dapat mengalir ke longkang. Disarankan penduduk setempat mengadakan gotong royong bersihkan saluran tersumbat dengan kerjasama MPS. Elakkan kemalangan di musim hujan.

20080410

Cegah Jenayah Tanggungjawab Semua

Saya telah menerima beberapa laporan kejadian jenayah, kecurian dan lain-lain. Terbaru di Taman Alamanda, Senawang, rumah dimasuki pencuri jam 5 petang dimana pintu rumah tidak berkunci, laptop dan handphone hilang. Nasihat saya pastikan pintu sentiasa berkunci walaupun ada orang dalam rumah dan baca Bismillah ketika kunci pintu, insyaAllah selamat.

20080409

Doa untuk adik Che Siti Nor Azreen binti Che Ishak

Keluarga adik Che Siti Nor Azreen binti Che Ishak memohon kepada semua umat Islam berdoa semoga Allah permudahkan urusan membawa pulang anak mereka dari Indonesia

Misi menyelamat gadis dari Rantau

Saya hari ini insyaAllah akan ke Kuala Sawah, Rantau bersama wakil Kijang Care untuk bertemu keluarga Che Siti Nor Azreen, gadis 13 tahun yang dilarikan ke Indonesia. Cerita lanjut di Blog AMKNS

20080408

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Blog boleh jadi penghubung wakil rakyat dan rakyat yang diwakili di DUN Paroi, rakyat semakin celik IT. Syabas semua di DUN Paroi